Friday 11 March 2011

【阿赛门】看清楚3个dasar之间的不同


Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) merupakan titik tolak kepada pemusatan dasar pembangunan yang berpaksikan kepada pembasmian kemiskinan, penyusunan semula masyarakat dan penghapusan persamaan kaum dengan fungsi ekonomi. Malaysia telah berada jauh ke hadapan dalam pencapaian pembangunannya semasa DEB berakhir pada tahun 1990.

Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) telah menggantikan DEB untuk meneruskan pembangunan dan menangani masalah-masalah semasa dan baru.

Pada tahun 2001, Malaysia membuka lembaran yang baru dengan melancarkan Dasar Wawasan Negara (2001-2010). Ia dimulakan dengan Rancangan Pembangunan Malaysia Kelapan (2001-2005) dan diteruskan dengan Rancangan Pembangunan Malaysia Kesembilan.

(Dipetik daripada Jejak-jejak Pembangunan 1957-2007)

Oleh sebab ituDEB dan Dasar Pembangunan Negara berbeza dengan Dasar Wawasan Negara. Jangan terkeliru dengan dasar-dasar ini.

No comments:

Post a Comment